Tuesday 2 September 2014

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

"Disini lahirnya sebuah cinta" Sesuai dengan tema bagi sambutan hari kemerdekaan yang ke 57, guru-guru dengan kerjasama  pelajar SMK Tok Dor bersama merealisasikan tema sambutan kemerdekaan yang ke 57 ini dengan usaha membuat beberapa replika sebagai memperingati pejuang-pejuang terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan negara.



Gambar  diatas adalah usaha pelajar membangunkan replika Pintu Gerbang yang diberi nama "Pintu Gerbang Merdeka" simbolik pintu gerbang ini adalah ia membawa maksud rakyat kini bebas  untuk belajar, bekerja dan sebagai. 

Bergambar bersama Ketua Bidang Teknik dan Vokasianal Tuan Pauzi empat dari kiri dan guru-guru dan pelajar yang menjayakan projek ini

Turut menzahirkan bahawa kami cintakan malaysia, begitu simbolik replika yang dibina. Replika I Love Malaysia ini dibina menggunakan botol minuman.

Cetusan idea guru dan pelajar maka lihirlah lampu yang menggunakan bahan terbuang iaitu bekas makanan 'jelly' yang dicantum menjadi lampu.

Juga bahagian gajah menyusul juga dipenuhi dan dihiasi dengan jalur gemilang

Ini adalah  projek utama  yang dibangunkan iaitu replika seekor penyu, simbolik replika ini adalah membawa maksud, seekor penyu walaupun dimana ia pergi atau merantau apabila tiba masa untuk bertelur dia akan pelang ke tempat asalnya. begitu simbolik seekor penyu ini dengan diri sebagai manusia dimana ia mengingatkan kita bahawa sentiasa ingat asal usul. Dan replika penyu ini dipilih juga kerana penyu adalah istimewa bagi negeri terengganu.

Replika ini diberi nama "Tembok Merdeka" simboliknya pembinaan tembok ini adalah kami sebagai rakyat malaysia tidak akan membiarkan malaysia dijajah lagi.

Jika datang ke SMK TOK DOR, sebaik sahaja masuk, kami melatakkan no 57 sebagai memperingati bahawa MALAYSIA kini sudah 57 tahun merdeka. begitulah  simboliknya pembinaaan semua replika, dan unitnya kesemua replika ini menggunakan botol minuman. 

Ikhlas dari seluruh warga SMK TOK DOR
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57 TAHUN
"Disini lihirnya sebuah cinta"

No comments:

Post a Comment

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Mac)

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat Sekolah 13-15 Mac 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2017 6 Mac 2017

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Februari)

MTQ Peringkat Sekolah 27 Februari 2017