Sejarah Penubuhan


Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor (SMKTD) terletak di Kampung Anak Ikan, Mukim Jabi dalam daerah Besut, Terengganu. Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar Bandar yang dibina di atas Lot 6389 berkeluasan 39,147 meter persegi. Terletak di tepi jalan laluan utama dari Jerteh ke Kuala Terengganu dengan jarak 21 km dari Bandar Jerteh dan 94 km dari pusat pentadbiran Kuala Terengganu.

SMKTD mula dibuka pada 16 April 2006 dengan penempatan awal tiga orang pentadbir sebagai care taker iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Sesi persekolahan SMKTD hanya dimulakan pada 12 Jun 2005 dengan pengambilan murid seramai 180 orang murid dari sekolah-sekolah menengah berhampiran. Di awal pembukaannya, seramai 10 orang guru, seorang PAR pejabat, 2 orang pembantu makmal dan hanya 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua memulakan operasi. Bilangan murid terus meningkat kepada 241 orang pada Ogos 2005 apabila berlaku perpindahan murid dari SMK Guntong, Setiu dan SMK Seri Nering, Jerteh. Kini (2011), enrolmen murid SMKTD adalah sekitar 580 orang dengan tenaga pengajar seramai 48 orang, 10 orang staf sokongan yang terdiri daripada pembantu tadbir, pembantu makmal, pembantu pengurusan murid(PPM) dan pembantu am pejabat(PAP).

Pembinaan dan rekabentuk SMKTD adalah berdasarkan rekabentuk moden terkini. SMKTD mempunyai enam blok dilengkapkan dengan 36 buah bilik darjah, bilik makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik solat, bilik muzik, bengkel teknologi kejuruteraan, makmal bahasa dan bilik-bilik khas. Blok pentadbiran menempatkan bilik pejabat, bilik pengetua, bilik-bilik penolong kanan, bilik kauselor, bilik kesihatan, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik peperiksaan dan bilik pusat sumber. Di samping itu SMKTD juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kantin, surau, padang dan gelanggang permainan.

Pada tahun 2008, SMKTD mendapat satu blok bangunan tambahan menempatkan bengkel bagi mata pelajaran MPV yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Selain itu, gelanggang untuk permainann bola tampar, sepak takraw dan badminton dibina, menambahkan lagi kelengkapan dan kemudahan untuk murid SMKTD. Terbaharu, SMKTD mendapatkan kelulusan pembinaan satu blok rumah guru yang terdiri daripada 8 unit rumah. Pembinaan kemudahan untuk guru ini sedang giat dibina dan siap di awal tahun 2012.

1 comment:

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Mac)

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat Sekolah 13-15 Mac 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2017 6 Mac 2017

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Februari)

MTQ Peringkat Sekolah 27 Februari 2017