Sunday 29 June 2014

Program sepanjang Ramadhan

Sepanjang Ramadhan pihak SMK Tok Dor telah merancang/mengatur pelbagai program sempena ramadhan semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.


Antara aktiviti yang dirancang sepanjang Ramadhan antaranya tadarus Al-Quran.



Monday 23 June 2014

Pertandingan Wau Naik Sempena HKS 2014

Pertandingan wau naik adalah salah satu aktiviti yang kami jalankan sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah, memandangkan pada hari tersebut cuaca tidak mengizinkan kami terpaksa  menangguhkan aktiviti tersebut pada keesokan harinya. Pada hari tersebut hanya pendaftaran masuk sahaja dilakukan.

Sesi pendaftaran penyertaan.

Para pelajar turut memberikan sokongan kepada para peserta


Bergambar kenangan peserta bersama GPK Pentadbiran En. Zainuddin, GPK Hem En. Azhar, GPK Ko Pn. Suraini dan GPK PPKI En Allias

Bersama Pn. Nora dan En. Adnan selaku AJK dan En. Allias GPK PPKI yang merupakan pengulas pada hari tersebut.

En. Zamani yang merupakan ketua juri pada hari tersebut.







Bergambar kenangan bersama peserta yang berjaya dan Ketua juri. Semoga aktiviti seperti ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.





Sunday 22 June 2014

Hari Koperasi Sekolah 2014

Bermula jam 8.30 pagi sesi pendaftaran pelajar yang ingin mengikuti Cabaran Bukit Bintang yang turut disertai pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang berdekatan. Dan diteruskan taklimat ringkas diberikan  oleh guru yang bertugas, sebelum pelajar-pelajar dilepaskan.

Briefing session

 Para pelajar dilepaskan oleh Tn. Pengetua



Checkpoint terakhir


Aktiviti jualan juga bermula pagi tersebut sehingga semua aktiviti berakhir.


Sesi penyampaian hadiah bagi pemenang Cabaran Bukit Bintang

Diteruskan dengan nyanyian lagu Hari Koperasi 

Turut memeriahkan HKS 2014 adalah RELA dan beberapa agensi lain


Selepas persembahan dari pihak RELA majlis diteruskan dengan perasmian oleh Tn. Pengetua.


Wednesday 18 June 2014

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

ATURCARA HKS 2014

07.30 am
- Aktiviti ekonomi dan keusahawanan
- Aktiviti pendidikan
- Aktiviti sosial
- Persembahan pelajar

11.30 am                
- Perhimpunan khas HKS
- Bacaan doa
- Ucapan pengerusi koperasi
- Perutusan daripada Presiden ANGKASA oleh pelajar
- Perutusan daripada YB Menteri Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan oleh  pelajar
- Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia oleh  pelajar
- Ucapan perasmian HKS 2014 oleh Pengetua SMKTD
- Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah 
- Edaran tanda peringatan HKS 2014
- Penyampaian hadiah   
- Cabaran bukit bintang
- Pertandingan HKS

02.00 pm
- Pertandingan wau naik

03.30 pm
- Penyampaian hadiah ( wau naik )

04.00 pm
- Bersurai

Official Blog SMK Tok dor

Laman Official Blog SMK Tok dor
Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Mac)

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat Sekolah 13-15 Mac 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2017 6 Mac 2017

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Februari)

MTQ Peringkat Sekolah 27 Februari 2017