Saturday 13 September 2014

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 12 september, berlangsungnya majlis perasmian bulan kemerdekaan, juga pada hari tersebut turut hadir pihak penerangan daerah besut bagi mengadili pertandingan keceriaan sekolah sempena sambutan kemerdekaan.


Bergambar bersama pelajar dan dan pihak Pejabat Penerangan Daerah Besut




Antara acara yang berlangsung pada majlis tersebut adalah acara persembahan pelajar, motor cantik bertemakan  kemerdekaan, persembahan guru, serta pakaian peragaan sempena kemerdekaan.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DARI CALTEX

Alhamdulillah, pada 11 September 2014 SMK Tok Dor berjaya dalam pertandingan INOVASI yang dianjurkan oleh Caltex Fuel Your School. SMK Tok Dor berjaya dengan dua produk inovasi, yang pertama Carodine Easy Drawing dihasilkan oleh pelajar dibimbing oleh En. Rozailani dan kedua Respiratory System dibawah bimbingan Pn. Robiah.

Tetamu disambut dengan iringan tuan pengetua dan diiringi oleh pelagar bersama bunga manggar dan paluan kompang.

Majlis  bermula dengan ucapan oleh tuan pengetua.





Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru penasihat projek.


Sesi bergambar bersama semua yang terlibat menjayakan majlis dan semua ahli yang terlibat dalam projek.



Majlis berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pihak Caltex, Mykasih dan wakil dari PPD Besut. 

Tuesday 2 September 2014

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

"Disini lahirnya sebuah cinta" Sesuai dengan tema bagi sambutan hari kemerdekaan yang ke 57, guru-guru dengan kerjasama  pelajar SMK Tok Dor bersama merealisasikan tema sambutan kemerdekaan yang ke 57 ini dengan usaha membuat beberapa replika sebagai memperingati pejuang-pejuang terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan negara.



Gambar  diatas adalah usaha pelajar membangunkan replika Pintu Gerbang yang diberi nama "Pintu Gerbang Merdeka" simbolik pintu gerbang ini adalah ia membawa maksud rakyat kini bebas  untuk belajar, bekerja dan sebagai. 

Bergambar bersama Ketua Bidang Teknik dan Vokasianal Tuan Pauzi empat dari kiri dan guru-guru dan pelajar yang menjayakan projek ini

Turut menzahirkan bahawa kami cintakan malaysia, begitu simbolik replika yang dibina. Replika I Love Malaysia ini dibina menggunakan botol minuman.

Cetusan idea guru dan pelajar maka lihirlah lampu yang menggunakan bahan terbuang iaitu bekas makanan 'jelly' yang dicantum menjadi lampu.

Juga bahagian gajah menyusul juga dipenuhi dan dihiasi dengan jalur gemilang

Ini adalah  projek utama  yang dibangunkan iaitu replika seekor penyu, simbolik replika ini adalah membawa maksud, seekor penyu walaupun dimana ia pergi atau merantau apabila tiba masa untuk bertelur dia akan pelang ke tempat asalnya. begitu simbolik seekor penyu ini dengan diri sebagai manusia dimana ia mengingatkan kita bahawa sentiasa ingat asal usul. Dan replika penyu ini dipilih juga kerana penyu adalah istimewa bagi negeri terengganu.

Replika ini diberi nama "Tembok Merdeka" simboliknya pembinaan tembok ini adalah kami sebagai rakyat malaysia tidak akan membiarkan malaysia dijajah lagi.

Jika datang ke SMK TOK DOR, sebaik sahaja masuk, kami melatakkan no 57 sebagai memperingati bahawa MALAYSIA kini sudah 57 tahun merdeka. begitulah  simboliknya pembinaaan semua replika, dan unitnya kesemua replika ini menggunakan botol minuman. 

Ikhlas dari seluruh warga SMK TOK DOR
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57 TAHUN
"Disini lihirnya sebuah cinta"

Tuesday 26 August 2014

Pertandingan Mencipta Video Merdeka

PENGENALAN

Pertandingan Mencipta Video Merdeka merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “ICT dan Kemerdekaan”
 
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 5 minit dan pada umumnya bertemakan kemerdekaan dan kemajuan ICT dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
 
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
  1. Memupuk minat dan kreativiti di kalangan remaja Malaysia dalam mempromosi perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui ICT (cth: penciptaan video);
  2. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif;
  3. Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan kemerdekaan terhadap kemajuan Negara
Durasi Penyertaan : 3-5 Minit
Tarikh Penyertaan :  1 Ogos 2011
Tarikh Tutup Penyertaan : 7 September 2011


SYARAT PENYERTAAN

A. Maklumat Peraduan:
  1. Pertandingan Mencipta Video adalah inisiatif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
    Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Pertandingan ini dibuka dari 1 Ogos 2011 hingga 7 September 2011.
  3. Tema bagi produksi adalah ICT DAN KEMERDEKAAN dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Mencipta Video Merdeka ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia
C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
  2. Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 7 September 2011 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Penyertaan hendaklah diantara 3-5 minit.
  4. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi
    penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Mencipta Video
    Merdeka kepada pihak Sekolah.
  10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
    asli/diciplak.
  13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik
    balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan
    dilayan.
  15. Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan
    Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka menggunakan produksi tersebut
    bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi
    tujuan penyiaran.
  17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
    dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  18. Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:
    1. Biodata peserta
    2. 2 salinan DVD produksi yang telah dilabel (lihat contoh seperti di borang penyertaan)
    3. Perakuan dari pihak Sekolah
    4. Perakuan penyertaan adalah kerja asli
  19. Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat
    berikut:

    Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan

HADIAH

Hadiah tempat pertamaRM5,000 untuk setiap kumpulan beserta Ipad2, Piala dan sijil penyertaan setiap seorang
Hadiah tempat keduaRM3,000 untuk setiap kumpulan beserta iPhone4, Piala dan sijil penyertaan setiap seorang
Hadiah tempat ketigaRM2,000 untuk setiap kumpulan beserta kamera digital, Piala dan sijil penyertaan untuk setiap seorang
Hadiah saguhati X 7RM500 untuk setiap kumpulan beserta sijil penyertaan untuk setiap seorang 

Sunday 17 August 2014

Majlis Penyampaian Sijil Projek Inovasi

Majlis penyampaian sijil kepada peserta pertandingan Projek Inovasi Peringkat Daerah 2014.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh En. Zainuddin b. Mohd Saman Guru Penolong Kanan Pentadbiran kepada ketua kumpulan.





Saturday 9 August 2014

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI

Alhamdulillah pertandingan telah pun selesai setelah beberapa minggu membuat persiapan. Pertandingan berlangsung

Pada  :6 ogos 2014
Bertempat : SM Imtiaz Besut Terengganu


Antara juri yang mengadili pertandingan tersebut.


Bergambar bersama guru pengiring, menunggu giliran bagi mempersembahkan projek

TAHNIAH
Bergambar berssama En. Suhaili selaku wakil dari PPD Besut bagi menyampaikan hadiah. SMK Tok Dor mendapat tempat ketiga dari 13 buah sekolah yang menyertai.

Bergambar bersama semua pemenang tempat 1 SMK Kuala Besut, 2 SMA Ittifakiah dan temapat ke 3 SMK Tok Dor.


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMTED

Pada     : 6,7 dan 8 ogos 2014
Tempat : Pusat Pendidikan Biodiversiti, Bukit Marak Jerteh Terengganu

70 orang pelajar telah mengikuti perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Beruniform SMK Tok Dor. Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

 
Sesi pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti jungle tracking.

Sebelum memulakan aktiviti, pelajar dihidangkan dengan nasi goreng sebagai juadah sarapan pagi


Bergambar bersama guru dan pelajar, berikut antara guru-guru yang mengiringi pelajar semasa menjalankan aktiviti jungle tracking

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Mac)

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat Sekolah 13-15 Mac 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2017 6 Mac 2017

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Februari)

MTQ Peringkat Sekolah 27 Februari 2017