Tuesday 26 August 2014

Pertandingan Mencipta Video Merdeka

PENGENALAN

Pertandingan Mencipta Video Merdeka merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “ICT dan Kemerdekaan”
 
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 5 minit dan pada umumnya bertemakan kemerdekaan dan kemajuan ICT dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
 
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
  1. Memupuk minat dan kreativiti di kalangan remaja Malaysia dalam mempromosi perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui ICT (cth: penciptaan video);
  2. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif;
  3. Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan kemerdekaan terhadap kemajuan Negara
Durasi Penyertaan : 3-5 Minit
Tarikh Penyertaan :  1 Ogos 2011
Tarikh Tutup Penyertaan : 7 September 2011


SYARAT PENYERTAAN

A. Maklumat Peraduan:
  1. Pertandingan Mencipta Video adalah inisiatif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
    Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Pertandingan ini dibuka dari 1 Ogos 2011 hingga 7 September 2011.
  3. Tema bagi produksi adalah ICT DAN KEMERDEKAAN dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Mencipta Video Merdeka ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia
C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
  2. Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 7 September 2011 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Penyertaan hendaklah diantara 3-5 minit.
  4. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi
    penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Mencipta Video
    Merdeka kepada pihak Sekolah.
  10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
    asli/diciplak.
  13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik
    balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan
    dilayan.
  15. Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan
    Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka menggunakan produksi tersebut
    bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi
    tujuan penyiaran.
  17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
    dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  18. Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:
    1. Biodata peserta
    2. 2 salinan DVD produksi yang telah dilabel (lihat contoh seperti di borang penyertaan)
    3. Perakuan dari pihak Sekolah
    4. Perakuan penyertaan adalah kerja asli
  19. Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat
    berikut:

    Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan

HADIAH

Hadiah tempat pertamaRM5,000 untuk setiap kumpulan beserta Ipad2, Piala dan sijil penyertaan setiap seorang
Hadiah tempat keduaRM3,000 untuk setiap kumpulan beserta iPhone4, Piala dan sijil penyertaan setiap seorang
Hadiah tempat ketigaRM2,000 untuk setiap kumpulan beserta kamera digital, Piala dan sijil penyertaan untuk setiap seorang
Hadiah saguhati X 7RM500 untuk setiap kumpulan beserta sijil penyertaan untuk setiap seorang 

No comments:

Post a Comment

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Mac)

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat Sekolah 13-15 Mac 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2017 6 Mac 2017

Program-program Sepanjang Tahun 2017 (Bulan Februari)

MTQ Peringkat Sekolah 27 Februari 2017